Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, April 19, 2015

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming 6.

MR.SENDUK RELA,MISS PRINCE CERMING 6.
Bab 6

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming 6

***

6.

Esoknya,

Eyla menguap luas. Lena betul dia tidur di riba milik kakak kesayangannya itu. Dek kerana sejarah silamnya itu, boleh pula dia terlajak tidur di bilik Fera. Eyla bangkit, sebelum itu dia sempat mengerling jam di dinding. Baru jam 12.37 pagi, awal lagi.

 Tapi.. APA?? 12.37 pagi? Tengah harilah cik Eyla..,subuh gi mana sih??

" Baru bangun anak dara? Solat subuh bangun tak ni?" satu suara garau menyapa dari belakang langsir. Adakah ayah yang menegur? Kalau benar.. makan sarapan parang berkilaulah kau, Eyla.

Hendak berpaling ke tak ni? Kalau paling, keringlah salur darahnya. Jadi,keputusannya..,blah jer. Langgar je dan jangan hendak berani komen!

"Amboi, sombongnya adik abang sekarang, ya! Begini ker cara layan tetamu datang rumah?"

Shreekk! Kaki Eyla pegun di lantai. Telinganya cuba mencerna balik suara garau itu. Rasanya itu bukan suara ayah. Suara ayah taklah segarau begitu.

Pandangan mata Eyla terfokus pada ayah yang sedang melambai dari meja makan. Rasanya itu adalah ayah di depan, jadi siapakah yang menyapa? Takkanlah..? Jangan disebut Eyla.

" Sombongnya dia sekarang.., Mentang - mentanglah dah nak jadi pelajar U, berlagak ek??!" suara itu semakin menyindir.
Sabar Eyla! Sabar!

" Ishh, budak bertuah ni! Makin dipanggil makin laju dia berjalan. Memang nak kena hempuk dengan bantal kusyen ni!" serentak itu,Eyla terus melarikan diri.

Apa nak jadi,jadilah! Yang penting berlari ke arah ayah. Hanya ayah yang dapat tolong Eyla. Harus!!

"Eyla, don't you dare go there. Stop now!" suara itu kian memetir.Mak dan Fera sudah becok berkata sesama sendiri. Ayah pula hanya tergelak kecil melihat telatah manja anak perempuannya.

" Tolong Eyla, ayah! Akak Fera! Mak!" teriaknya dalam larian. Dulang yang berhampiran segera Eyla ambil untuk dijadikan perisai. Namun mereka bertiga hanya tolong..tolong gelakkan Eyla sahaja.

" Takpe.., ada ubi ada tong sampah. Ada masa, Eyla akan 'balas',"
Fera membalas dengan menjelirkan lidahnya. Abah pula sudah bangun untuk melihat dusun. Manakala mak hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Eyla...!"

Wajah insan yang menyapa tadi, mulai kelihatan. DAN dia adalah...

****
BERSAMBUNG DI BAB 7..,

^-^



No comments:

Nuffnang Ads