Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Saturday, October 22, 2016

Aku Benci Dia,Kaulah Encik Benci, 9

Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku, 9.
Kaseh Ayuni
Hak cipta terpelihara by KAY

****

Bab 9.

9.

"Apa awak buat lagi kat sini? Bukankah awak sudah dapat apa yang awak mahukan selama ni? Jangan nak mengada - ada sentuh saya. Kita belum ada lesen halal." keras suara Ayuni memarahi orang yang dilanggarinya seketika tadi. Sejak bila pula tiang rumahnya boleh bergerak ke sana sini?

Sudin tergelak kecil. Huluran tangannya ditarik kembali. Aduhai, tunangnya ini.. bertambah garanglah pulak sejak ada ikatan. Sudahnya, Sudin membiarkan sahaja Ayuni terkial - kial bangun dari situ. Mak dan ayah pula sudah berlari lari anak - anak untuk segera keluar dari rumah.

Baby pun sama datang dalam keadaan basah kuyup. " Kenapa dengan akak Ayu, abang SS?"

"Abang SS?"

" Dah nama tu yang akak Ayu selalu cakap depan baby." lurus bendul pulak si baby ini. Ayuni buat muka slamber  sahaja apabila Sudin memfokuskan pandangan tajam ke dalam anak mata Ayuni.

" Ayuuuu..,"

" Apaa?"

" Kenapa perlu nama SS tu diulangkembali di depan baby?" Sudin mulai bercekik pinggang. Ayuni tergelak kecil. Ha-ha-ha. Alaa.. benda kecil pun nak ambil kisah! Ayuni buat diam sahaja dan melayani celoteh baby.

"Ayu!"

Ayuni tidak berpaling,malahan dia semakin leka layan baby. Ayuni lagi menarik kain tuala yang tersidai di ampaian dan menyapu kepala baby dengan khusyuknya. Sudin merengus geram dengan sikap sambil lewa tunangannya.

Mak dan abah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Mereka berdua malas mahu melayan karenah itu,lantas menepuk bahu Sudin. Sudin angguk kecil. Namun kerlingannya masih belum lagi teralih daripada melihat karenah 'pekak badak' si Ayuni.

" Dahlah tu layan baby. Ni, ajak Sudin naik ke rumah. Pelawa dia minum air." mak keluarkan kuasa vetonya. Ayuni terhenti sekejap mengelap badan baby. Ayuni berpaling sekilas pada Sudin. Sempat lagi si Sudin mengenyitkan mata kiri dia kepada Ayuni. Gataiiii....

" Tapi.., mak!"

"No! Mak tak nak dengar alasan rekayasa kamu. Ingat, dia bukan lagi Encik Benci kamu! Hal dulu buang jauh - jauh! Pandang hadapan! Sekarang di jari manis kamu ada ikatan pertunangan antara Ayu dengan Shamsuddin Salleh,ok!"

Matilah kau, duhai Ayuni. Apa lagi alasan kau mahu berikan? Jawapannya, hentakkan kaki berkawad 77 kali masuk ke dalam rumah. Baby hanya ikut dari belakang tanpa banyak menyoal. Baby tahu yang itulah lagaknya Kakak dia seandainya karenah dibangkang oleh mak.


****


Dari dapur, bunyi kuat sudu kian berlaga dengan teko. Habislah Encik Benci Ayuni, kena gulai air berapilah jawabnya. Baby, kian mengecil dari celah almari. Manakala Sudin menjengah masuk ke ruangan dapur. Bunyi keletung keletang menggamit dirinya untuk melihat sendiri. Ayah Ayuni sudah melarang.

" Sibuk ker, sayang?" bisik Sudin di tepi telinga Ayuni. Niatnya mahu mengusik.

Ayuni membalas, PAP! Sudu yang mengacau teko disuakan ke pipi Sudin. Ini makanan dia. Si Sudin memang kaki langgar sahaja pantang larang agaknya. Sudah berkali - kali ditegah, makin dibuatnya!

"Aduh! Sakitlah pipi saya. Baru setengah jam saya bergelar tunang Ayu, Ayu sudah balas cara sebegini?"

"Ada saya kisah? Siapa suruh gataii miang keladi sangat?"

" Ohh..berani yer lawan cakap tunang!"

" Biarlah. Baru istilah bertunang. Bukannya berkahwin. Jadi dosa saya masih pada keluarga saya,ok!" Ayuni kian bercekik pinggangnya. Baby pula kian tergelak melihat drama swasta tidak berbayar antara kakaknya vs abang SS.

" Baiklah. Kalau itu yang Ayu minta. Jangan menyesal!" handphonenya ditarik keluar dari poketnya. Ayuni abaikan sahaja ragam si tunangnya itu. Malaslah dia ambil tahu. Tetapi, telinganya dapat menangkap suara Sudin berbual.

" Mama, cakap kat abah yang besok datang ke Terengganu. Bawak tok kadi sekali. Ahh?? Nak buat apa? Nak kahwinlah, mak! Aahh,besok! Tok kadi import jer siapa pun. Hal bayaran, Sudin akan settlekan selepas akad nikah besok!"

Sepantas kilat Ayuni tegak di hadapan Sudin? BIAR BETUL DIA NI??

" Apa awak merepek ni? Sudin? Encik Shamsuddin Salleh!!!"

Sudin hanya terdiam. Handphonenya diletakkan kembali dalam poket. Wajah terkejut Ayuni hanya diabaikan sahaja. Haaa... tahu takut, tu baru gertak sikit sahaja.. Rupanya inilah strategi untuk dia tundukkan si tunang hatinya. Dipujuk tak layan, tapi diugut mulalah merayu macam anak kucing mintak susu.

"Awak... jangan nak main main hal kahwin ni. Jangan ingat hal kahwin ni hal cabar mencabar mulut ke mulut. Silap saya takdi kerana tak hiraukan awak. Sorry, okay! Maaflah!" kian merayu Ayuni. Air yang dijerang di dapur diabaikan begitu sahaja. Bagi Ayuni, hal ini lagi mustahak!

" Ayu yang cakap tadi. Saya hanya tunaikan permintaan Ayu sahaja.., Saya kan menurut perintah!" Sudin duduk di kerusi meja makan. Kaki Sudin kian bergoyang-goyang. Memang Sudin sengaja mendera perasaan Ayuni. Asyik dia sahaja yang banyak mengalah! Sesekali biarlah Ayuni pula rasai apa yang dia selalu rasai. Letih tahu mengejari burung merpati jinak ini. Makin dikejar, makin jauh ia lari.

" Saya cakap jer. Cakap dengan berkehendakkan, kan lain!" Ayuni makin berpeluk tubuh. Sakit hati pulak kita dengan sikap berlagak si Sudin. Perasan hensem! Tapi, kan.., memang hensem pun wajah si Shamsuddin Salleh ini!

Argghhh!!! Geramnya dapat tunang hensem ini! Berlagak poyo!

"Jadi..? Apa keputusan, Ayu? Masa berjalan. 1..2..3..," Sudin tatap jam di tangan. Aduhai, apa ni semuanya? Kenapa pulak hal kahwin perlu dipermainkan sebegini. Ayuni tak mahu hak mak dan ayahnya dirampas begini. Mana hak mak dan ayah selaku wali dia.




****

BERSAMBUNG DI BAB 10

by, Kaseh Ayuni,


No comments:

Nuffnang Ads