Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, October 19, 2016

Minah Kampung, Encik Bandar 30



***

30.


"Cepat bersiap. Nanti ada rombongan nak datang ke rumah," E-an angkat wajahnya. Rombongan? Rombongan siapa pulak ni?

"Siapa nak datang,mak?"

"Jangan banyak tanya. Cepat siap. Dan tolong mak masak kat dapur nanti. Mak ingat nak jamu mereka makan nasi daganglah!" Muka mak sungguh teruja sekali. E-an pula dilanda gelisah.

Agak agak,siapalah orang itu. Takkan bekas tunang pula nak masuk merisik sekali lagi? Erfan ka? Kee.. Mihir?

"Malaslah mak. Tak der mood nak bersiap."

Pusing balik mak ke arah bilik anak gadisnya itu. Tahulah sekarang ini E-an dalam proses membaik pulih hati,tapi jangan lah menghampakan hajat orang mahu datang ke rumah.

"Sampai bila E-an nak sedih begini?"

"Orang tak mahu kahwin. Orang nak duduk ngan mak,jaga mak. Orang benci kahwin. Benci cinta,"

"Ya Allah, E-an! Mak tak ajar cakap macam tu. Istighfar anak! Cakap tu jangan ikut perasaan. Syaitan suka orang yang lemah semangat begini!" Mak peluk badan E-an. Mak fahami apa yang E-an rasakan sekarang ini. Baginya, inilah ujian yang harus ditempuhi oleh anak manjanya. Bukan salah E-an untuk dipersalahkan.

"Jemu lah mak. Sekarang ni, E-an cuma mahu fikirkan hal kita sahaja. Boleh ya, mak!" Erat E-an peluk maknya. Baginya inilah paling utama.

Mak angkat kepala anak manjanya itu. "Dengar ni sayang, walau apa pun terjadi.. Hidup perlu diteruskan. Jodoh itu Allah yang tentukan. Mungkin dahulu E-an ada ikatan dengan Erfan. Tapi takkan kerana salah sikit.., E-an mahu menghukum takdir Ilahi?"

"Tapi, mak!"

"Mak tahu yang anak mak ni sudah cukup matang untuk fikirkan baik dan buruknya. Mak yakin yang hati E-an sudah cukup pulih. Jangan lagi larikan diri. Hadapi." Mak bangun. Tajam sekali renungan mata mak kepada E-an. 

"Now.., siap cepat. Percayalah, nak! Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Mungkin kita sedih sekarang, manalah tahu Allah akan janjikan kegembiraan yang berpanjangan. Jangan ragui takdir Allah."

E-an terdiam. Mendalam sekali kata-kata maknya itu. Dia tahu yang akan ada hikmah di sebaliknya. Bersangka baiklah dengan takdir Ilahi. Dia pun bangkit dan menukar  pakaian. 

***
bersambung


No comments:

Nuffnang Ads