Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, November 9, 2016

Bab 11, Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku



Bab 11< Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 11>
PENULIS : Kaseh Ayuni


11.

***

"Selamanya Ayu akan jadi milik saya!" bak angin lalu, ayat itu kembali terngiang di cuping telinga Ayuni. Sekeping gambar itu ditatapnya lama. Macam manalah Ayuni boleh lupakan si dia ini pulak? Mesti perang kali ini kalau encik tunangnya tahu akan kewujudan insan lain.

Nope! Awak salah. Saya masih lagi milik keluarga saya. Selagi tiada ijab dan qabul antara kita berdua, selamanya saya masih milik keluarga saya. Mereka lagi berhak mentafsirkan hak milik kekal saya, duhai Encik Salam Fazri.” Ayuni rebah punggung di bangku yang sedia ada.

Nampaknya pertemuan kali ini benar-benar tiada gunanya. kenapalah Ayuni boleh bersetuju untuk bertemu dengannya. Ianya satu kesilapan!! Masakan sebegini mudah Salam mahukan dirinya. Apakah Salam ingat Ayuni ini anak patung yang sebegitu mudah diiktiraf hak milik hanya dengan kata-kata dikeluarkan dari mulut??

“Apa lagi yang perlu Salam buat? Takkan nak Salam merayu, memohon barulah Ayuni mahu menerima kembali diri Salam ni?” nampaknya Salam tetap mahu juga merendahkan ego. Salam menghampiri Ayuni yang tampak selesa di bangku. Motorsikalnya diparkirkan di ruangan legar taman bunga Kasturi.

“ Ha-ha-ha. Salam nak merayu? Rasanya andai kata langit itu nak roboh sekalipun, takkan mungkin ianya terjadilah. Usahlah berkata-kata manis lagi. Ayu takkan terpedaya lagi.” Ayuni bangun apabila merasakan Salam ingin melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Cukuplah, Salam. Semua yang Salam mahu katakan, tolong simpan … ya! Ayu takkan terpedaya lagi. Apakah ingat setelah Salam sudah kembali membujang, maka Ayu akan terima kembali Salam? Too much overthinking la!”

But..,” Salam cuba menggapai tangan Ayuni. Tapi, Ayuni tangkas melarikan tangannya. Haram okay bersentuhan bukan muhrim.

Go back now. Untuk pengetahuan encik Salam Fakri yang mulai dari saat ini dan tika detik ini, Ayu tak mahu lagi lihat Salam datang kacau Ayu.” Terus Ayuni tunjukkan cincin tunangnya

Look..! Sekarang Ayu dah jadi hak milik orang. Dan Ayu akan berkahwin tak lama lagi..., jadi Ayu  tak mahu hanya kerana hal remeh sebegini boleh buatkan tunang Ayu cemburu. Ayu mahu berlaku setia dengan tunang Ayu.” Habis ayat itu, Ayuni terus berlalu pergi. Pergi tanpa menunggu kata-kata akhir daripada Salam. Biarkanlah sejarah lama itu, takkan Ayuni biarkannya berulang kembali. Dan takkan dia biarkan sejarah mungkin berulang.

Salam hanya mampu pandang. Merpati yang dia puja kini sudah jadi milik sangkar orang lain. Sungguh dia menyesali. Sesal kerana tinggalkan gadis sebaik Ayuni dari hidupnya kerana mengejari status dan pangkat.

Beep.. beep.. nada dering whatsapp masuk. Lamunan Ayuni terhenti di situ. Bayangan Salam mulai perlahan-lahan berterbangan di udara. Ayuni ambil handphone yang ada atas meja. Di klik icon berwarna hijau itu.


‘I’m back. Do you miss me?’  Si Sudin yang hantar rupanya.

Typing.., dari pihak Ayuni. Laju sahaja jemarinya ingkar arahan hati. Otak kian menyuruh. Hati kian bergelora indah dan jemari pula rancak menari melodi kasih sayang. 

‘Beli apa?’ Ayu hanya mampu taip itu sahaja, segan nak balas ucapan rindu itu. Malu-malu tapi mahu. Kenalah tunjuk rasa jual mahal itu sikit!

‘Knp x jwp rindu tu, sianlah sy kat sini’  emoji  sedih diberikan. Sudin bangkit dan lepak di halaman luar dapur rumah keluarga Ayuni. Segan pula nak main telefon sementara di ruangan dapur ada baby, mak dan ayah Ayuni. Nanti diorang kata apa pula lihat Sudin gelak sorang-sorang.

Ayuni gelak. Dalam hati ada taman jugak encik tunang dia rupanya. Ingatkan tahu bertengkak sahaja. Malah, nampaknya Sudin dah mulai mahu bermanja dengannya.

‘Malas’ send disertakan emoji kenyit mata. Puas hati dapat rentungkan perasaan orang sebelah sana. Orang yang hanya jaraknya setengah dinding dengan bilik Ayuni. Di dapur rumahnya pulak itu. Mengada-ngada!!

Bulat mata Sudin baca balasan itu. Amboi, jual mahal. Sudin laju membalas whatsapp itu. Jarinya kian laju menari di skrin telefonnya. Kaki disilangkan di atas meja yang sedia ada. Mahu regangkan pinggangnya.

‘Berapa sy nk kena byr ni?’

‘Byr apa?’ hantar lagi. Blue tick di pihak sana. Aduhai, laju pulak Ayuni melayani karenah kesengalan perangai Shamsuddin Salleh malam ini. Dari baring, Ayuni terlentang kuak kupu-kupu atas katil. Puas gaya itu, Ayuni melintang pulak kaki ke atas.

‘Harga tuk beli rindu awak, & robohkan tembok ego Ayu,’

‘It just.. F.O.C’  send. Alamak!! Salah hantar la. Boleh tak kalau nak padamkan pesanan takdi? Bagaimana ni? Janganlah si Sudin itu salah fikir. Tolonglah, Sudin… hang fikirlah benda lain, jangan fikir yang Ayuni sudah menerima cinta hang!

Ada typing di sebelah sana. Ayuni sudah berdebar menantikannya. Sungguh! Inilah akibatnya kalau tangan menderhaka pada kata hati. Otak pula laju sahaja membocorkan rahsia hati. Matilah kali ni, mahu Sudin salah anggap.

‘It it true? F.O.C… That meaning it free of charge?’ emoji happy diselitkan sekali. Kemudian, emoji cinta bling bling di hantar selang minit kemudian. Habislah kau, duhai Ayuni!!!

Ayuni baca sekilas pandang sahaja. Terus telefonnya dilempar ke tepi. Bantal diambil. Malu,mak!! Malu!! Dengan penuh azamnya, Ayuni berkata dalam hati yang Ayuni takkan lagi balas whatsapp daripada Sudin. Lantak pi lah Sudin nak fikirkan apa-apa pun. It is for first dan last dia balas whatsapp itu. Titik!

Namun, kalau sudah namanya Shamsuddin Salleh.., takkannya mengaku kalah. Baginya, peluang datang sekali, takkan berulang kali. Sekali itu terluah, itu yang akan dia pegang sampai sudahnya.

‘At last for first time… Ayu akui juga. Saya hargai ia. Sy tahu ianya sukar nk akui rasa itu. Mybe semua ni masih terlalu awal. Ketahuilah, bukan niat sy nk desak atau paksa Ayu terima saya dalam hidup Ayu. Sy tahu begitu dalamnya rasa benci Ayu pada saya, tapi sy akan usahakan agar benci tu akan beransur pergi.’ Send.

Sudin taip lagi, ‘ Sy janji, sy akn bahagia Ayu. Sy akn bahagiakan keluarga yg Ayu syg. Sy akan buang rasa benci Ayu pada sy. Sy ikrar yg hnya sy sahaja yg layak jadi Encik Benci Ayu. Just for you, dear one!’

Blue tick dari pihak sana. Sudin tahu yang Ayuni takkan balas pesanan itu. Biarlah, janji Ayuni baca pun sudah memandai baginya. Sudin sandar badan di dinding. Sayup-sayup kepalanya mendongak ke langit. Sungguh benar kata orang, cinta itu boleh membutakan orang. Boleh buatkan orang leka, angau.

Sudin tersenyum sendiri. Tak dia sangka yang Ayuni akan jadi tunangannya. Siapa dapat menduga takdir, jodoh dari Illahi. Sudin tatap kembali skrin telefonnya. Masih belum ada balasan daripada pihak sana. Nampaknya, Ayuni sudah malu mahu membalas ucapan kasih sayangnya. Sabarlah, Sudin! Takkan lari gunung dikejar.

 "Assalamualaikum..," satu suara menegur. Sudin angkat wajah. Wajah orang yang memberi salam itu tersenyum kepadanya. Siapakah pulak lelaki ini? Siapa dia?

"Waalaikumussalam. Ya, cari siapa?"


"Ayu ada tak?" soal dia si lelaki misteri yang tak bernama itu. Sudin dah resah. Siapa pulak lelaki ini yang mencari tunangnya? 

"Awak siapa?" rasa ingin tahu itu kian membuak-buak. Sudin tatap atas bawah, atas bawah lelaki misteri itu.

"Arif. Mohd Arif Abd Aziz, his true love!" senafas sahaja dia berikan. Belum sempat Sudin berkata, satu teriakan di belakang. Mereka berdua saling berpaling. 

"Arghhh!! Arif, my love!" Ayuni yang sedang menjerit itu dari tingkap. Sudin sudah terpinga-pinga? Apa yang sedang berlaku ni? Siapakah sebenarnya Arif ini dan kenapa pula Sudin boleh tak tahu akan kewujudan lelaki berstatus His - True - Love ??







No comments:

Nuffnang Ads