Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Tuesday, November 8, 2016

Review Novel Mesej : Memang betul menyesali diriku bacanya..


Mesej..karya Anna Lee terbitan Prolog. HARGA RM30


Mesej..
Karya yang wow, kebabom, supervb & tak terkata kata..
Nukilan akak Anna Lee.
Wow! Supervb. Genius betullah imaginasi akak Anna Lee dalam karya Mesej..
Teruja ayu sesangat sangat sangat! Tak dijangka sebegitu sekali akak leh twist jalan cerita Mesej ini tau.
Jarak masa yg 10 tahun akhirnya menjawab segalanya setelah ayu sampai baca bab 40.
Masuk sahaja bab 41.. terjawab segalanya. Kenapa usia hero tu 40 tahun tapi tak kahwin lagi  & usia heroin pulak dalam 32 tahun. Jarak umur beza 10 tahun akhirnya merungkai segalanya..
chewahh macam dah jatuh cinta pulak pada jalan cerita Mesej ini & Aria, Jason & Nik. Salutelah tabik springggg ah ayu dengan akak.. luar biasa sekali jalan cerita kali ini dan ayu memuji ketekunan akak menaip jalan cerita sebegini.
10 bintang *** Ayu akan kasi kat akak atas usaha,masa,keringat akak serta mencari idea utk menjadikan cerita ini sebaik sebeginilah.
Walaupun di jam 2am, ayu tak habis baca lagi (berhenti seketika utk taip ni..bukanpe..takut terlupa...) ayu sudah teruja. Okla..,sambung baca balik ye,ayu.
Jam 3.30am..,selesai juga pembacaan ayu akan novel ini. Yang pasti ia satu cerita yang menakjubkan sampaikan terlintas dalam hati ayu adakah Aria benar benar wujudkah seperti yang akak tulis di penghujung?
Dan ayu juga ingin tahu siapakah PM di tahun 2020.. hehhehe...
Seandainya benar wujud dan boleh bercakap dari zaman lain...,wahhh!! Mahu ketemu sihh
Dan yang pasti Nik is Jason dan Jason adalah Nik.
Nama lain tapi orang yang sama. Pandai akak Anna Lee yer dapat ilham sebegini.
 Semoga Allah sentiasa memberi akak kesihatan yang baik untuk menaip cerita seterusnya. AMIN.
YANG pasti..pasni kenalah peluk encik husben kerana kalau bukan kerana pujuk dia..,takkanlah ayu akan jadi mata panda dalam menghabiskan novel ini dalam masa 3 jam setengah semalam.
Berleter dia apabila tengok mata isterinya merah dan lembam.
Tq suamiku sayang.
Now can sambung tidur... hope termimpikan Aria or Nick Jason,mybe.. (beranganlah kau,ayu!)

Buat sesiapa yang ingin dapatkan novel ni..leh la bertanya kat Ayu..hehehe..
Yang pasti.novel Mesej takkanku lupa baca sebelum tidur...hehhehe

No comments:

Nuffnang Ads