Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, October 3, 2016

Sesal separuh nyawaku baca novel Rooftop by Farah Izzlorna

Novel Rooftop baru dapat semalam dari Farah
"Kebaikan pon boleh membunuh,Aya!" 

Review Novel Rooftop by Farah Izzlorna.

- First time Ayu dapat tahu mengenai novel ini dari Facebook Prolog. Punyelah excited gile kot kerana jalan ceritanya yang agak berlainan. Ada unsur saspen..yelah,tiba tiba ada watak hantu K yang mahu berdampingan dengan Aya. Ayu fikirlah yang mybe si K tu hantu kot yang sesat tak dapat nak cari jalan pulang.

Then,malam takdi, 3 oct 2016, barulah dapat peluk novel ni sendiri. Ayu pergi amiknya sendiri dengan si penulisnya, Farah. Manis orangnya. Ayu ingatkan orangnya sombong..,yelah tgk dalam gambar..mukanya sombong.hihuhi..rupanya tak. Ayu salah teka. Chillex..

Malam tu juga,Ayu maraton baca novel Rooftop selepas my Firman tidor.

Yang ayu mula rasa menyesalnya bile start baca muka buku novel Rooftop yang pertama...

1. Daku tak boleh nak skip berhenti henti baca. Nak minum air pon..malas rasa.

2. Semakin nak tahu,apa akan jadi pada K. Apakah sebab K meninggal. Katanya K, dia mati terbakar. What?? Terbakar?

3. Aya pula crush gile mati ahh kat Fikri, K pula makin hasut Aya agar tinggalkan si Fikri. Aya wat pekak je.

Then Aya pulak syok je tuduh K 'perogol'. Masa tu kecewa la jugak kerana Aya terus tuduh tanpa bertanya. Aya ni kuat andaian sendirilah. Kesian kat K. Hihihi.

4. Paling syok masa abang tiri Aya pon boleh nampak K, dan boleh dengar apa yang K cakap. Yang best tu, Andy panggil K.., Si penghasut. Kahkah. Syok kot baca bab ni.

Dalam masa yang sama K dan Aya saling jatuh suka, jatuh hati, dan segala jatuh la.. hihihi. Hati manusia katakan.

1574. Apakah makna tu. Puas Aya tanya kat K. Tapi K bijak manipulasi Aya. Kat sini, ayu sendiri tertanya tanya apakah makna 1574. Then..rupanya ianya adalah huruf arab. Arab ke ayat L.O.V.E. PERGHH.. bijak la.leh fikir gitu. Hehheheh.

5. Ada ilmu yang Farah selitkan sekali masa K bagi sebab apa manuskrip Aya ditolak. Ianya panduan yang sangat jelas dan jitu dalam menulis novel. Ayu suka baca kalu ada ilmu baik diselitkan dalam novel Rooftop ni. Leh jadi panduan bagi kita yang masih mencari ilmu penulisan. Tahniah Farah.

6. Ada satu bab yang Ayu rasa Farah mybe lost kot yakni masa tiba tiba pulak si Fikri kena culik. Nmpk mcm jln ctenya asalnya macam nak lari sikit. Mybe Farah cuba nak matikan watak Casley kot..huhuhu.

7. Then lepas tu.. K hilang. Aya sedih dan bertemu balik dengan K. Masa ni Ayu pon hampir terbabas..ingatkan K ialah Amir. Good job writer kerana berjaya twistkan kami siapakah K sebenarnya.

8. Tapi ayu tahu yang tu adalah strategi mana mana penulis yang mahu pembaca tertanya tanya siapakah K sebenarnya. Ayu pon dah dapat agak yang K adalah Encik Adam. Cuma yang halang adalah faktor umur je. Adam kan dah 40an. Mana mungkin dialah K.

9. Yang paling best dan ulang baca masa part Aya psiko Adam. Bawak Adam ke KLCC.. karaoke, tempat sesak dengan orang then last ke rooftop. Masa tu lah best sgt masa Aya 'basuh' otak Adam kaw kaw punya.

10. Masa Aya ajar Adam hp pon best. Then Adam terkejut yang hp zaman sekarang boleh ambil gambar depan. Farah berjaya ulaskan situasi tu dengan baik sekali sampaikan Ayu boleh rasai apakah rasanya Adam yang teruja plus tak sangka ada hp begini zaman skrg. Then, Adam minta Aya ajarkan dia internet. Cun bab ni walaupun sedikit je diulas.

11. Then part Sarah.. psiko ahh minah tu. Leh lah nk gedik gedik. Dia tak tahu dialah yang nak  jadi perampas kot! Asyik nak tuduh Aya je perampas. Padahal die sendiri yang menjadikan dirinya perampas tunang orang. Kelakar kot. Apakah wujud watak Sarah ni dalam novel seram sejuk ni?

12. Sedih jugak la sebab not happy ending watak Fikri. Kalaulah benar ada si Fikri ni di alam realiti..bahagialah wanita di dunia ini. Baik yang teramat sangat. Kalau jahat tu.. jahat yang amat sangat. Mybe writer pon pening gak kepala nak berikan apakah jalan terbaik bagi watak si Fikri ni.

13. Yang last ni paling Ayu sikit kurang hepy la. Yelah..dah la ngat syok kite layan nakkan Aya ngan K. Tapi..seciput je si writer berikan. Huhuhuhu. Kecewa lah jugak sikit. Kenapalah tak panjang sikit ending die..
Cuma sikit je part yang akhirnya K ingat balik siapakah Firliya sebenarnya. Akhirnya...heheheh.

14. Part bonus.. it okay. But yang kelakarnya ada jugak ending Tamat 2. Terubat lah jugak ending Tamat 1 tu. Dalam part bonus, Aya bersama jugak dengan K dalam suasana yang paling romantis yakni K siap buatkan novel untuk Aya. Khas untuk Aya. Novel berkait dengan Aya. Sweet sangat. Isyy..nak la jatuh cinta dengan K.

15. Overall..novel ni best untuk dilayan bagi pembaca yang inginkan kelainan. Ayat dia xdelah sweet macam novel sekarang. Ayat biasa..tapi penuh pengisian. Ada ilmu diselitkan. Bukan sekadar dialog biasa antara K dan Aya.
Cuma, next time or next novel, si writer bolehlah panjangkan sikit part bile si heroin bersama dengan hero. Ni cadangan je la. Yelah, kite mesti nak tahu kesudahan setelah baca dari awal lagi.

****

Panjang juga Ayu buat review novel Rooftop ni. First time buat review. Andai kata ada yang tak suka, maaf ye. Buat si penulis, adik manis Farah.. Ayu mintak maaf deh kalu ada yang Ayu ulas ni ada terkecil hati. Yelah, kalu yang baik,ayu akan bagitahu. Kalu ada yang tak berapa suka..ayu lebih suka bagitahu dari pot pet  pot pet makan kuaci kat belakang hp. Hehehhe.

P/s : Jangan lupe bagi mana mana penggemar novel lain..nak dapatkan novel ni.., DIGALAKKAN sangat sangat. Ianya sangat lain. Takde ek ayat jiwang. Sweet miut, ayat manis bak lori tumpah gula ke. Andai berani dan tak takut..takkan rugi anda beli novel ni.

Harga novel Rooftop = RM 24. Harga mampu milik dan novelnya tak berat sangat. Ringan je. Bolehlah nak usung ke mana sahaja kalau nk bawak pi melancong or balik kampung masa naik bas or kapal terbang, ia takkan senget bahu anda. Hihihihi.


First time dpt novel ada nama kite sendiri.. hepy sgt2.

5 comments:

Faraa Samshudin said...

awak beli buku ni kat mana? sy cari kat mph, popular, Badan takde..
so sad :(

aku_slamber said...

Saya beli dengan penulis Rooftop die sendiri aritu..mybe nak masuk bookstore lmbt agi kot.kalu adik Faraa nak,akk leh tolong carikan novel Rooftop tu utk adik...

aku_slamber said...

If adik nk..leh pm akk dalam fb akk yer..akk leh tlg carikan...heheheh

Faraa Samshudin said...

hi kak,sy struggle tadi cari.. sy jumpa fb prolog , penerbit buku tu.. sy terus beli online.. hehhe.. thanks kak... nnti share la lagi novel best2... :)

aku_slamber said...

Okay..if adik dah beli online ngan penerbitan prolog..it good..heheheh..boleh,nti akk share lagi review novel best2 ek...hehehhe

Nuffnang Ads